Pengertian Iktikaf:
Iktikaf bermaksud mendiami dan menetap di dalam
masjid dengan cara tertentu. Ia merupakan amalan Rasulullah s.a.w yang merupakan
kemanisan dalam syarak.
Dalil Pensyariatan Iktikaf:
Iktikaf merupakan salah satu daripada ibadah
yang disyariatkan oleh ALLAH kepada umat Muhammad s.a.w. Antara hadis sahih
yang menguatkan amalan ibadah ini. Aisyah r.a berkata
“Nabi s.a.w selalu beriktikaf pada 10 akhir
Ramadhan sehinggalah baginda wafat. Kemudian isteri-isteri baginda pula
beriktikaf selepas kewafatan baginda”
(Bukhari dan Muslim)
(Bukhari dan Muslim)
Hukum Iktikaf:
Merujuk para ulama dari 4 mazhab dan serluruh
umat Islam bersepakat mengatakan bahawa iktikaf 10 malam terakhir Ramadhan
merupakan Sunnah Muakkadah (amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh
Rasulullah s.a.w dan kaedah terbaik mendapatkan Lailatul qadar). Amalan tidak
diwajibkan kecuali seseorang telah bernazar melakukannya. Iktikaf boleh
dilakukan siapa saja yang duduk di dalam masjid kerana menunggu solat atau
sebagainya. Sekalipun dia berada dalam hal dunia atau akhirat. Selagi berniat
iktikaf selagi itulah orang itu mendapat pahala iktikaf. Sesorang itu perlu
memperbaharui iktikaf sekiranya ia masuk setelah ia keluar dari masjid.
Keuntungan Iktikaf
Daripada Ibn Abbas r.a, Nabi s.a.w pernah
bersabda:
“Sesiapa yang beriktikaf satu hari kerana
mencari KEREDHAAN ALLAH, dia akan menjadikan antara dirinya dan api neraka
sejauh tiga buah parit. Jarak antara setiap satu parit itu lebih jauh daripada
jarak antara dua mata angin ”
(Tabrani dan Hakim)
(Tabrani dan Hakim)
Tujuan Iktikaf
Melapangkan diri dari kesibukkan kehidupan
dunia dan keluarga, sekaligus membina kekuatan dalam melancarkan kegiatan
harian (Syarh sahih Muslim)
Sekiranya Ramadhan merupakan sebulan ujian yang
penuh rahmat dalam setahun, iktikaf pada 10 terakhir adalah ujian khas dan
lebih sukar bagi orang-orang yang telah berjaya menempuh ujian sebelum itu.
Contoh Rasulullah s.a.w yang berusaha
mendapatkan Laillatul Qadar.
Rukun Iktikaf ada EMPAT
1.
Duduk dalam masjid sekurang-kurangnya seketika
dan tidak keluar kecuali atas alasan yang diharuskan syarak.
2.
Berniat pada permulaan iktikaf atau ketika memperbaharuinya
apabila terbatal.
3.
Syarat orang yang beriktikaf: Islam, Berakal,
Bersih dari haid, Mendapat izin suami kecuali di dalam idah. (Fath Bari), Bersih
daripada nifas dan junub.
4.
Berlaku di dalam masjid.
Masjid yang boleh dilakukan Iktikaf
Paling afdal adalah di Masjidil Haram di Mekah,
Nabawi di Madinah, Al Aqsa di Baitul Muqaddis, Palestin. Aisyah r.a berkata, ”Tidak
boleh beriktikaf kecuali pada masjid jamek”. Berdasarkan hadis umum
yang diriwayatkan ini, dirumuskan oleh sebahagian ulama:
Dibolehkan
beriktikaf di dalam setiap masjid yang didirikan Solat Jumaat. Hal ini berkaitan
dengan maksud hadis secara umum, dengan mengambil kira masjid terbesar dan
teramai jemaahnya. (Al-Um, al-Imam al-Syafie)
Sah iktikaf
disemua masjid. (Syarh sahih Muslim)
Amalan-amalan
semasa beriktikaf
Sebenarnya
tidak ada amalan dan bacaan khusus bagi orang yang iktikaf. Tetapi kita boleh
merujuk Sunnah yang sahih yang menggambarkan cara Rasulullah s.a.w beriktikaf.
Aisyah r.a
berkata:
”Rasulullah
s.a.w bersungguh-sungguh beribadat pada masa sepuluh akhir Ramadhan berbandingh
waktu-waktu yang lain”(Muslim)
Aisyah r.a
berkata
”Apabila masuk
sepuluh akhir Ramadhan s.a.w akan mengikat kemas kainnya (tidak tidur bersama
isterinya). Baginda menghidupkan malamnya dan mengejutkan isteri-isterinya supaya
bangun beribadah bersamanya” (Bukhari & Muslim)
Al-Nukman bin
Basyir r.a berkata,
”Kami dapat
melakukan qiam Ramadhan bersama Rasulullah s.a.w pada malam ke 23 Ramadhan
sehingga sepertiga malam. Kemudian pada malam ke 25, kami bersama baginda
sehingga separuh malam, dan pada malam ke 27, kami bangun sehingga hampir tamat
waktu sahur”(Ibn Khuzaimah, sanadnya hasan)
Imam al-Syafie
dan pengikutnya berkata,
”Yang terbaik
bagi orang yang beriktikaf itu ialah memenuhi masanya dengan amalan seperti
solat, tasbih, zikir, zikir, membaca al-Quran dan belajar serta mengajar atau
mengulangkaji kitab-kitab dan menulisnya” (al-Majmu’jilid: 6)
Sesetengah
ulama berpendapat bahawa mereka menghabiskan waktu ketika iktikaf dengan amalan
asas seperti solat, membaca al-Quran, zikir dan berdoa.
Larangan-larangan
ketika Iktikaf:
Sesiapa yang
melakukan iktikaf dilarang melakukan perkara yang tidak berfaedah. Misalnya
berbual kosong, dan melakukan perkara yang sia-sia. Tambahan lagi melakukan
perkara makruh dan haram.
Ali bin Abi
Talib r.a berkata’
”Seorang lelaki
yang beriktikaf, dilarang memaki orang dan berbicara kotor”(al-Mughni, jil:3)
Alangkah ruginya
umat Islam yang saat ini dikaruniakan oleh Allah swt kesihatan jasmani,
kehidupan yang mewah dan penuh kelapangan tidak terlintas untuk melakukan
iktikaf di 10 malam terakhir Ramadahan. Sedangkan Rasulullah s.a.w, begitu
menekankan ibadah ini dengan menyeru serta menunjukkan komotmen yang tinggi
sepanjang hayat baginda. Dalam kesibukan baginda yang diamanahkan sebagai
pemimpin besar tetap melakukannya dengan bersungguh-sungguh sehinggalah baginda
wafat bertemu Allah swt. Wahai kaum muslimin yang mengharapkan keampunan dan
syurga Allah swt marilah kita tanamkan tekad untuk tahun ini kita melaksanakan
iktikaf untuk melengkapkan kesucian Ramadhan tahun ini.
Lebih jelasnya pahami Hadist hadist dibawah ini:
“Diriwayatkan
dari Anas ra ,ia berkata Rasulullah SAW biasa melakukan i’tikaf pada sepuluh
hari terakhir pada bulan Ramadhan. Kemudian beliau pernah tidak beri’tikaf pada
suatu tahun, lalu pada tahun berikutnya beliau beri’tikaf selama dua puluh
hari“ (HR. Ahmad dan Tirmidzi).
Bagaimana
Rasulullah beri’tikaf? Siti Aisyah berkata.
“Nabi Muhammad SAW. apabila hendak beri’tikaf
beliau shalat subuh lalu masuk ke tempat i’tikaf” (Muttafaqunlaih).
Rasulullah SAW.
tidak pulang pergi ketika beri’tikaf kecuali apabila ada keperluan. Siti Aisyah
r.a mengatakan,
“Rasulullah
SAW. mengulurkan kepalanya kepada saya, sedang beliau berada di masjid,
kemudian saya menyisir rambutnya, dan beliau tidak masuk rumah apabila sedang
beri’tikaf, kecuali beliau ada keperluan”. (HR. Bukhari)
Rasulullah SAW. Merujuk
penuturan Aisyah Radhiallahu ‘anha, beliau berkata,
“adalah
Rasulultah SAW. apabila telah masuk sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan
dibangunkanlah keluarganya dan senantiasa mengencangkan ikat pinggang”
(Muttafaqunalaih).
Anjuran i’tikaf
di malam-malam akhir Ramadhan ini berkaitan erat dengan datangnyaLailatulqadar yaitu
malam kemuliaan, karena beribadah pada malam itu dinilai lebih baik dari seribu
bulan. Rasulullah SAW bersabda: “Carilah (malam qadar) itu pada sepuluh
akhir dari bulan Ramadhan” (HR. Ahmad dan Bukhari)
Melaksanakan i’tikaf
adalah suatu ibadah sangat terpuji. Rasulullah SAW. bersabda:
“Siapa yang beri’tikaf sehari demi
mengharapkan keridhaan Allah Ta’ala semata, maka Allah benkenan membuat antara
dia dan api (neraka) tiga buah parit, tiap parit lebih jauh dari masyriq dan
maghrib” (HR. Thabrani)
semoga kita salah satu yang mendapatkan lailatul qodar amiin, sangat bermanfaat gan trims
ReplyDeleteAmin ya Rabbal Alamin.
DeleteIya sama sama... :)